Jumaat, 16 September 2011

Assalamualaikum   wbt.....
Lama saya tidak berutus khabar di laman ini...banyak benda yang tejadi dan tidak mengizinkan saya berkarya...cewwah.,..selain kesihatan yang terganggu, tuntutan kerja yang memenatkan dan macam2 lagi....dan saya sprt jatuh ditimpa tangga....kesihatan saya sekali lagi terganggu. Beberapa hari lepas saya ke klinik dan buat pemeriksaan darah.....hipotensi....
         Anyway....ringkas citer , saya hanya nak berkongsi sedikit kegembiraan saya. Tuaian saya yang tak seberapa dari kebun....
sawi , bayam, petola, cili hijau dan cili padi.........

Rabu, 13 Julai 2011

Arnab selamat melahirkan anak .... generasi ke-3

     Pagi tadi, seperti biasa ... mesti jenguk kebun sayur dan semestinya arnab kesayangan...agen bajaku. Alangkah terkejutnya saya....hitam melahirkan anak lagi.

Baru lahir malam tadi...

Ini 'kak ngah'...masih lagi menyusu

'Abg Long'..... dah pandai berdikari dan nakal

Ibu keletihan...baru melahirkan..
        Keluarga hitam dah bertambah. Ini bermakna pengeluaran baja organik untuk kebun sayur saya juga makin banyak la...harap anak-anak Hitam sihat dan membesar dengan baik.

Ahad, 10 Julai 2011

Jumaat, 8 Julai 2011

LADA

Lada merah..

  Saya mula menyemai benih lada ketika mulanya hati saya tergerak untuk berkebun. Lebihan lada dari dapur Restoran , saya kumpul dan semai di dalam pasu. Saya alihkan ke dalam polibeg yang diisi cocoapeat.


Lada hijau
       Ada beberapa jenis lada yang sempat saya tanam dan sekarang sedang menghasilkan buah. Tapi hasilnya tidak seberapa kerana kurang pembajaan. Sebenarnya hampir 2 bulan saya tidak dapat berkebun kerana terkena cacar air..'chicken pox'.

Lada jarum

Lada jarum...mengeluarkan buah secara berjambak

Lada jarum kampung

Satu lagi spesis lada merah



        Sekarang ini, saya telahpun menyemai 45 benih lada baru. Saya hanya menngunakan bekas telur dan diisi dengan cocoapeat.
Benih lada dalam bekas telur
Kemudian saya alihkan pula ke dalam bekas yang saya buat dari daun kelapa.

Anak lada dalam daun kelapa......

Khamis, 7 Julai 2011

Tanaman dapur...setiap orang mesti tanam.

      Kalau kita perhatikan datuk nenek atau mak kita dulu tinggal di kampung biasanya akan bercucuk tanam. Walaupun tanah tidaklah seluas manapun tapi mesti dicangkul tanah tersebut dan ditanam dengan pokok-pokok atau tanaman yang menjadi kegunaan harian. Cuba kita ingat masa kecik-kecik dulu...di belakang rumah kita mesti ada pokok serai, pandan, lengkuas atau kunyit. Tidak ketinggalan 2 atau 3 pohon pokok cili padi...Pisang dan ubi kayu pula adalah kegemaran orang tua lama-lama sebagai sumber makanan tambahan . Maklumlah...dulu susah nak dapatkan makanan yang pelik-pelik dan segera macam hari ini...KFC, Mc Donald, Chicken chop dan bla...bla....yang famous dulu...ubi kayu rebus cicah kelapa parut atau pisang bakar....
Jadinya...kita sekarang pun bukannye susah sangat nak tiru mak kita....paling tidakpun tanam lah kunyit, lengkuas, pandan dan serai. Biasa rumah sekarang paling minima pun ada ruang di belakang atau bahagian depan. Pokok-pokok ni pun bukan ambil ruang yang luas pun. Yang tinggal di rumah flat masih boleh tanam dalam pasu atau bekas terbuang.

Kunyit
       Cerita pasal kunyit...sekarang jarang sangat kita guna kunyit segar ni. Maklumlah dah ada serbuk kunyit...mudah. Tapi ada sesetengah masakan yang kena guna kunyit segar....terutama sekali masak lemak cili api. Mesti guna kunyit segar....malah sebenarnya kalau kita guna kunyit segar untuk ikan goreng lagi elok. Selain rasanya yang berbeza, ia akan menjadikan ikan lebih segar dan memejalkan isi ikan tersebut.
      Saya teringat cerita semasa saya masih menuntut di sebuah kolej. Masa tu tahun 2000, saya sedang menjalani praktikal mengajar di sebuah sekolah. Saya menyewa sebuah rumah berdekatan sekolah tersebut bersama 2 orang rakan. Seronoknya masa tu...balik dari sekolah kita sama-sama masak. Satu hari kami masak singgang ikan kembung. Ramuannya seperi biasalah...ikan, lengkuas, kunyit segar, asam keping, garam, lada hijau dan sedikit perasa. Emmmm.....selera sungguh kami makan tengahari tu. Tapi yang menariknya adalah salah sorang teman serumah saya ni seorang yang sungguh 'penjimat'. Singgang ikan kembung kitaorang tu bukan sahaja habis ikannya...kuahnya kering...malah semua asam keping, kunyit , lada dan lengkuas dimakan olen teman saya tadi. Yang tinggal hanya tulang ikan. Saya terkedu...Katanya , jangan membazir. Yang boleh dimakan kita kena makan. Sehingga sekarang , bila saya masak singgang ikan saya akan teringat cerita ni dan akan terkenangkan teman serumah saya . Dan singgang ikan adalah masakan kegemaran saya dan anak-anak.
Halia merah....tumbuhan herba. Rizomnya dikeringkan dan dimasukkan dalam air rebusan.


Halia
Lengkuas dan cekur berkongsi ruang.....

Pokok serai kayu....pucuk muda dibuat ulam nasi kerabu.
 Saya menggunakan tayar terpakai sebagai bekas untuk menanam kunyit, lengkuas dan halia kerana ia amat praktikal dan jimat. Cuma saya tidak pasti baja yang sesuai untuk tanaman ini. Menurut mak saya, tanah bakar sesuai dan elok untuk kunyit dan pokok yang seangkatannya. Jadi semasa menanam pokok tersebut saya campurkan tanah , sedikit pasir dan tanah bakar...harap menjadi lah...
         Satu lagi pokok yang sejenis ialah kantan. Saya akan cuba tanam pokok kantan. Benihnya sudah saya tinjau di kebun getah bapa saudara saya. Tunggu masa sesuai untuk saya gali dan bawak balik sebagai satu lagi koleksi tanaman dapur saya.



Pokok serai kayu ni saya ambil dari hutan belakan rumah. Sewaktu mula di tanam hanya setinggi 12 inci. Sekarang pucuknya dah tak habis nak makan. Untungnya sekarang saya tak perlu lagi masuk hutan cari pucuk serai untuk dijadikan ulam nasi kerabu yang  jual di kedai saya..RESTORAN MELOR. Begitu juga dengan pokok kari ni....banyak gunanya. Masak kari ayam, kari ikan dan juga kari terung...Jemputlah datang ke restoran !!!!!!
pokok kari....sungguh beraroma.

Dalam susunan...halia bara, cili padi, cili hijau, limau kasturi dan  (maaf la tak tau pokok apa....).

Rabu, 6 Julai 2011

Jagung manis dan agen baja....

     Sudah 2 hari kena selsema. Badan sakit-sakit...lemah dan tak bertenaga. Jadi tak dapatlah nak enjoy gardening dalam 2 hari ni. Tapi petang tadi sempat saya semai benih jagung yang dah mula bercambah...

benih jagung...



Harap dalam 3 @4 hari benih jagung ni akan menampakkan dirinya...harap juga tiada makhluk perosak yang mengganggu....



Sebenarnya saya ni kurang pandai bab membaja....selalu beli baja tapi dibuang begitu saja. Seorang teman menghadiahkan saya beberapa ekor arnab . Orang tua kata tak sekun ( tak serasi ) bela arnab. Tapi ada la 4 ekor dalam sangkar belakang rumah ni. Jadi saya lebih suka guna najis arnab sebagai baja organik la katakan....

Si putih tu sebenarnya sudah mati...pemberian teman.

Si putih sempat juga meninggalkan waris....





Inilah agen baja organik kebun sayur ku...






Saya harap-harap sangat agen baja  ini akan terus menghasilkan baja dan akan terus membiak ....

Isnin, 4 Julai 2011

Cerita disebalik pokok keladi...

Ada satu cerita yang ingin saya kongsi . Berkenaan pokok keladi kesayangan saya. Keladi pinang...sayur lemak atau asam pedas bersama udang ditambah pucuk asam jawa....umphhh....mak mertua lalu pun tak perasan .  Keladi yang saya tanam ni adalah keladi pusaka dari arwah suami saya...
Ceritanya begini...4 tahun lalu ( 2007) suami teringin nak makan keladi rebus. Dia beli keladi dan meminta mak saya rebus keladi tersebut kerana saya masa tu dalam pantang .... bersalin anak bongsu saya. Dek kerana banyak, mak saya hanya rebus separuh sahaja keladi itu dan separuh lagi 'disimpan' bawah pokok kelapa...buat benih katanya. Nak dijadikan cerita...keladi yang masak direbus habis dimakan, tapi keladi yang 'disimpan' terus tersimpan. Enam bulan kemudian suamiku dijemput Illahi...
Pada tahun 2009...semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan untuk bina rumah...saya ternampak serumpun pohon keladi. Bila dirisik pada mak....sah itu keladi yang 'disimpan' tersebut.

Sehingga hari ini keladi pusaka arwah suami masih menghijau...


      Saya juga cuba selamatkan beberapa pokok yang hampir mati dibelakang rumah mak. Antaranya kesum, pucuk manis , kaduk, cekur dan serai wangi. Semua pokok ni sebenarnya terabai selepas mak saya berpindah dan menginap di Restoran Melor. Rasa sayang pulak untuk aku biarkan ia mati...jadi saya ambil inisiatif tanam semula di belakang rumah ....

Serai wangi...dicampur dalam air rebusan mandian herba semasa berpantang dan juga stiap kali selepas haid.

Kaduk...penambah perisa dalam masakan gulai siput dan sebagai ulam nasi kerabu.

Cekur...masak pecal ikan keli.

Sayur manis...pucuk muda dimasak bersama cendawan tiram dan ubi keledek.

kesum...penambah perisa masakan asam pedas dan pandan adalah agen pewangi dan pewarna yang baik dalam kebanyakan masakan seperti kuih bakar dan puteri ayu.
 Banyak lagi yang akan dikongsi pada catatan akan datang berkenaan tanaman dapur....sehingga berjumpa di episod akan datang ..Insyallah.

Ahad, 3 Julai 2011

HOBI BARU......berkebun.


 Bermula lembaran baru dalam jadual harianku...mula memegang cangkul, parang dan skop. Tanah sekangkang kera di belakang rumah saya bersihkan sedikit demi sedikit. Lalang, rumput samba, senduduk dan semalu mula terpisah dari lantai bumi.....hajat dihati ingin diganti dengan lada, kangkung, terung dan tomato. Insyallah....

Ini anak timun batang. Sayur yang saya mula-mula tanam. Hasilnya agak mengecewakan kerana diserang serangga. Buah timun rosak dan busuk sebelum matang....jadi aku musnahkan semua pokok tersebut.
Lada ni..saya tanam dalam polibeg dengan medium cocoapeat. Hasilnya juga kurang memuaskan kerana kaedah pembajaan yang tidak betul pada firasat sayalah.













Setakat ini dululah catatan untuk permulaan dan pengenalan ini....