Khamis, 7 Julai 2011

Tanaman dapur...setiap orang mesti tanam.

      Kalau kita perhatikan datuk nenek atau mak kita dulu tinggal di kampung biasanya akan bercucuk tanam. Walaupun tanah tidaklah seluas manapun tapi mesti dicangkul tanah tersebut dan ditanam dengan pokok-pokok atau tanaman yang menjadi kegunaan harian. Cuba kita ingat masa kecik-kecik dulu...di belakang rumah kita mesti ada pokok serai, pandan, lengkuas atau kunyit. Tidak ketinggalan 2 atau 3 pohon pokok cili padi...Pisang dan ubi kayu pula adalah kegemaran orang tua lama-lama sebagai sumber makanan tambahan . Maklumlah...dulu susah nak dapatkan makanan yang pelik-pelik dan segera macam hari ini...KFC, Mc Donald, Chicken chop dan bla...bla....yang famous dulu...ubi kayu rebus cicah kelapa parut atau pisang bakar....
Jadinya...kita sekarang pun bukannye susah sangat nak tiru mak kita....paling tidakpun tanam lah kunyit, lengkuas, pandan dan serai. Biasa rumah sekarang paling minima pun ada ruang di belakang atau bahagian depan. Pokok-pokok ni pun bukan ambil ruang yang luas pun. Yang tinggal di rumah flat masih boleh tanam dalam pasu atau bekas terbuang.

Kunyit
       Cerita pasal kunyit...sekarang jarang sangat kita guna kunyit segar ni. Maklumlah dah ada serbuk kunyit...mudah. Tapi ada sesetengah masakan yang kena guna kunyit segar....terutama sekali masak lemak cili api. Mesti guna kunyit segar....malah sebenarnya kalau kita guna kunyit segar untuk ikan goreng lagi elok. Selain rasanya yang berbeza, ia akan menjadikan ikan lebih segar dan memejalkan isi ikan tersebut.
      Saya teringat cerita semasa saya masih menuntut di sebuah kolej. Masa tu tahun 2000, saya sedang menjalani praktikal mengajar di sebuah sekolah. Saya menyewa sebuah rumah berdekatan sekolah tersebut bersama 2 orang rakan. Seronoknya masa tu...balik dari sekolah kita sama-sama masak. Satu hari kami masak singgang ikan kembung. Ramuannya seperi biasalah...ikan, lengkuas, kunyit segar, asam keping, garam, lada hijau dan sedikit perasa. Emmmm.....selera sungguh kami makan tengahari tu. Tapi yang menariknya adalah salah sorang teman serumah saya ni seorang yang sungguh 'penjimat'. Singgang ikan kembung kitaorang tu bukan sahaja habis ikannya...kuahnya kering...malah semua asam keping, kunyit , lada dan lengkuas dimakan olen teman saya tadi. Yang tinggal hanya tulang ikan. Saya terkedu...Katanya , jangan membazir. Yang boleh dimakan kita kena makan. Sehingga sekarang , bila saya masak singgang ikan saya akan teringat cerita ni dan akan terkenangkan teman serumah saya . Dan singgang ikan adalah masakan kegemaran saya dan anak-anak.
Halia merah....tumbuhan herba. Rizomnya dikeringkan dan dimasukkan dalam air rebusan.


Halia
Lengkuas dan cekur berkongsi ruang.....

Pokok serai kayu....pucuk muda dibuat ulam nasi kerabu.
 Saya menggunakan tayar terpakai sebagai bekas untuk menanam kunyit, lengkuas dan halia kerana ia amat praktikal dan jimat. Cuma saya tidak pasti baja yang sesuai untuk tanaman ini. Menurut mak saya, tanah bakar sesuai dan elok untuk kunyit dan pokok yang seangkatannya. Jadi semasa menanam pokok tersebut saya campurkan tanah , sedikit pasir dan tanah bakar...harap menjadi lah...
         Satu lagi pokok yang sejenis ialah kantan. Saya akan cuba tanam pokok kantan. Benihnya sudah saya tinjau di kebun getah bapa saudara saya. Tunggu masa sesuai untuk saya gali dan bawak balik sebagai satu lagi koleksi tanaman dapur saya.



Pokok serai kayu ni saya ambil dari hutan belakan rumah. Sewaktu mula di tanam hanya setinggi 12 inci. Sekarang pucuknya dah tak habis nak makan. Untungnya sekarang saya tak perlu lagi masuk hutan cari pucuk serai untuk dijadikan ulam nasi kerabu yang  jual di kedai saya..RESTORAN MELOR. Begitu juga dengan pokok kari ni....banyak gunanya. Masak kari ayam, kari ikan dan juga kari terung...Jemputlah datang ke restoran !!!!!!
pokok kari....sungguh beraroma.

Dalam susunan...halia bara, cili padi, cili hijau, limau kasturi dan  (maaf la tak tau pokok apa....).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan