Isnin, 4 Julai 2011

Cerita disebalik pokok keladi...

Ada satu cerita yang ingin saya kongsi . Berkenaan pokok keladi kesayangan saya. Keladi pinang...sayur lemak atau asam pedas bersama udang ditambah pucuk asam jawa....umphhh....mak mertua lalu pun tak perasan .  Keladi yang saya tanam ni adalah keladi pusaka dari arwah suami saya...
Ceritanya begini...4 tahun lalu ( 2007) suami teringin nak makan keladi rebus. Dia beli keladi dan meminta mak saya rebus keladi tersebut kerana saya masa tu dalam pantang .... bersalin anak bongsu saya. Dek kerana banyak, mak saya hanya rebus separuh sahaja keladi itu dan separuh lagi 'disimpan' bawah pokok kelapa...buat benih katanya. Nak dijadikan cerita...keladi yang masak direbus habis dimakan, tapi keladi yang 'disimpan' terus tersimpan. Enam bulan kemudian suamiku dijemput Illahi...
Pada tahun 2009...semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan untuk bina rumah...saya ternampak serumpun pohon keladi. Bila dirisik pada mak....sah itu keladi yang 'disimpan' tersebut.

Sehingga hari ini keladi pusaka arwah suami masih menghijau...


      Saya juga cuba selamatkan beberapa pokok yang hampir mati dibelakang rumah mak. Antaranya kesum, pucuk manis , kaduk, cekur dan serai wangi. Semua pokok ni sebenarnya terabai selepas mak saya berpindah dan menginap di Restoran Melor. Rasa sayang pulak untuk aku biarkan ia mati...jadi saya ambil inisiatif tanam semula di belakang rumah ....

Serai wangi...dicampur dalam air rebusan mandian herba semasa berpantang dan juga stiap kali selepas haid.

Kaduk...penambah perisa dalam masakan gulai siput dan sebagai ulam nasi kerabu.

Cekur...masak pecal ikan keli.

Sayur manis...pucuk muda dimasak bersama cendawan tiram dan ubi keledek.

kesum...penambah perisa masakan asam pedas dan pandan adalah agen pewangi dan pewarna yang baik dalam kebanyakan masakan seperti kuih bakar dan puteri ayu.
 Banyak lagi yang akan dikongsi pada catatan akan datang berkenaan tanaman dapur....sehingga berjumpa di episod akan datang ..Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan